Hijrah Ke Arah Merealisasikan Iman

Nabi & Para Sahabat berhijrah ke arah merealisasikan iman; menzahirkan, menyatakan dan menghidupkan iman mereka di atas bumi. Ketika di Makkah, kaum Muslimin terpaksa menempuh pelbagai dugaan yang menekan jiwa; ada yang terpaksa menyembunyikan iman di tempat awam, ada yang didera secara fizikal, diugut dengan nyawa & maruah, dihalau oleh keluarga, bahkan ada yang dipaksa mengucapkan kekufuran. Terlalu banyak kekangan yang menghalang mereka menonjolkan iman mereka ke permukaan dan hidup harmoni dengan iman mereka.

Hijrah merubah segalanya. Kini mereka hidup dibawah kepimpinan & keadilan Islam;  mereka berupaya mempamerkan otot-otot Islam dan mampu meyakinkan puak-puak jauh dari perimeter Madinah untuk turut memeluk Islam. Ketika itu, alam mampu merasai nikmat tertonjolnya sebuah gerakan manusia yang mensucikan Allah dari segala perbandingan di langit dan bumi serta menyeru manusia lain agar bersama dalam nada tasbihnya. Nikmat terzahirnya sebuah keimanan bukan semata-mata memerdekakan individu, tetapi mengesani para makhluk yang disentuh arusnya.

Read more »

Hari Asyura: Kehancuran Firaun

King-TutHari ini 10 Muharram. Hari Asyura. Hari di mana Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada Fir’aun dan menenggelamkannya bersama tenteranya dalam satu peristiwa dalam Exodus Bani Israel. Melihatkan kezaliman dan kekejaman Fir’aun, akhirnya riwayat dan empayarnya ditamatkan dengan begitu hina sekali.

Proses menuju azab kehancuran dahsyat Firaun ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mempunyai build-up, hype-up ke arah kemuncak kehancuran totalnya melalui Kehebatan Allah SWT yang mampu melakukan apa saja.

Sebelum itu, kita imbas kisah Musa-Firaun sebagaimana diringkaskan dalam Surah An-Naziat.

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى * وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى * فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى * فَكَذَّبَ وَعَصَى * ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى * فَحَشَرَ فَنَادَى * فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى * فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى * إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى

Read more »

Legends of Telaga Tujuh (Petunjuk-Petunjuk di Telaga Tujuh)

Langkawi

Saya berkesempatan ke Langkawi awal Disember lalu sempena satu program SPE peringkat Asia Pacific. Saya mewakili syarikat kerja saya. Saya mengambil peluang untuk membawa adik beradik saya cuti sekali, since isteri saya juga outstation ke Labuan. Dalam kesibukan jadual program, ada satu hari di mana petangnya sengaja dikosongkan untuk membenarkan para peserta menikmati keindahan Langkawi, disamping network building. Ada yang keluar bermain golf, ada yang mengikuti tour pulau, ada yang keluar bersama keluarga yang dibawa bersama dan ada yang duduk di bilik sebab byk kerja yang perlu diurus.

Saya mengambil kesempatan tersebut untuk bersama adik-adik saya untuk explore satu tempat yang agak menarik dan kami sudah lama curious mengenai tempat itu, kerana jarang diperkatakan. Iaitu Telaga Tujuh. Read more »

4th Anniversary

Hari ini (2/12/09) anniversary saya yg ke-4. 4 tahun lepas saya melafazkan ikrar pernikahan seterusnya melangkah dengan penuh debaran ke satu fasa baru dalam kehidupan. Sekejap saje masa berlalu.. Saya ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih saya kepada semua ikhwah, akhawat serta keluarga saya yg truly supportive kpd baitul muslim ini dari mula ia terjalin, bahkan sebelum ia terbina lagi. Kebetulan juga saya terjumpa website ni: http://walimah.blogspot.com. Ni web kitorg dulu2.

Read more »

Bekerja Kerana Allah, Bukan Kerana Manusia

sunlightOrang yang ikhlas akan beramal kerana Allah. Dia bekerja kerana dorongan taqwa dan amanah yang dipikulkan kepadanya yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat. Orang yang tidak ikhlas kepada Allah bekerja kerana mengharapkan pulangan dari manusia. Ini termasuk sanjungan, pujian, penghargaan & pengiktirafan dari manusia. Read more »

Salamatus-Sadr: Serendah Ukhuwwah, Setinggi Syurga

Disebutkan dalam sebuah riwayat bahawa Nabi SAW pernah duduk di dalam masjid di tengah-tengah para sahabat, lalu beliau bersabda kepada mereka, “Sekarang akan masuk ke tengah-tengah kalian salah seorang calon penghuni syurga.”

Lalu muncullah seorang lelaki yang bekas air wudu’nya masih menetes dari janggutnya, lalu ia mengerjakan solat dua rakaat dan duduk. Ketika datang hari kedua, Nabi mengatakan hal yang sama, lalu lelaki itu muncul seperti hari semalam. Dan demikian pula pada hari ketiga.

Abdullah Ibn ‘Amru pun mengikuti orang ini dan menginap di rumahnya untuk mengetahui puasa dan solat malamnya. Namun ternyata Ibn Amru tidak mendapatinya melakukan hal itu. Ia pun menanyakan perihal tersebut kepadanya. Lalu orang itu menjawab, “Sesungguhnya setiap aku tidur di malam hari, maka dalam hatiku tidak pernah menyimpan rasa khianat dan dengki kepada seorang pun di antara kaum Muslimin.” Ibnu ‘Amru berkomentar, “Inilah yang membawamu sampai ke darjat seperti itu, sementara kami tidak mampu meraihnya.” Read more »

Aku Dah Temui Cinta

Kala hati gundah gulana, Love
Atau tersalah perkiraan,
Kala hati gembira,
Atau dikawal perasaan;
Kala rasa diri gagal,
Dalam cabaran hidup ini,
Kala otak rasa bebal,
Menelaah di malam hari;
Kala rasa seorang diri,
Tak siapa menemani,
Kala cuba lari,
Dari jalan suci murni;
Pasti ada yang menunjuki,
Itulah tanda cinta yang hakiki,
Moga aku tak lupa diri,

Mudahan kekal cinta ini;
Dari-Nya datang cinta manusia,
Dan malaikat yang taat,
Aku dah temui cinta,

Cinta Allah pemberi rahmat.

Karya: Lufti Abbas Bidin

Komitmen Ahli Badar: The Urge For Youth Volunteerism

Badar KubraPerang Badar asalnya merupakan operasi intercept Nabi SAW ke atas kafilah Abu Sufyan yg dlm perjalanan pulang dari Syam slps menjual harta2 peninggalan Muhajirin Makkah. Nabi ingin merampas kembali hak Muhajirin. Namun, Makkah telah menghantar 1000 bala tenteranya lengkap dgn peralatan perang & kuda2 perang yg berpuluh2, siap utk bertempur dgn Muslimin. Tapi Nabi SAW keluar dgn 313 orang yg hajat asal utk mengangkut kembali barang2 rampasan. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun Allah mengatur dan menghendaki mereka menghancurkan 1000 tentera makkah yg full gear utk berperang.

Sebelum memutuskan untuk berperang, Rasulullah mengumpulkan para sahabatnya untuk mendapatkan pendapat mereka. Orang Ansar tidak obliged untuk berperang di Badar kerana Bai’ah Aqabah II hanya menghendaki mereka mempertahankan Rasulullah di Madinah sahaja walhal telaga Badar itu di luar Madinah. Maka Rasulullah bertanya para Muhajirin. Abu Bakr & Umar Al-Khattab ra memilih untuk bertempur, kata mereka, “Ajal“, bermaksud, “Ya (kita lawan)”. Maka, Al-Miqdad bin ‘Amr seorg Muhajirin merumuskan: “Pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu, kami akan bersamamu. Kami tidak akan berkata seperti kaum Musa as berkata kepada Musa (untuk memasuki Palestin),

فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, kami hendak tunggu di sini’ (5:24), tetapi kami berkata,

ﺇﺫﻫﺐ ﺍﻨﺖ ﻭﺭﺒﻚ ﻓﻗﺎﺗﻼ ﺇﻧﺎ ﻣﻌﻛﻤﺎ ﻣﻗﺎﺗﻠﻮﻥ

‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, sesungguhnya kami bersama kamu berperang!”. Read more »

..’ala barakatillah!

Zayd Umair (US)
Ismail (US)
Syahir (Czech)
Ilias (CUCMS)
Kamal Haziq (UK)
Hafiz (UK)
Farid Nazmi (Czech)
Firdaus (Wales)
Faezuddin (Ire)
Lokman (Ire)
Anas (UK)
Azizi (UK)
Zaid Jasmin (UK)


Dear Ikhwah, saya doakan anda istiqamah dlm amal Islam di pelusuk mana pun anda berada. Junjunglah agama, martabatkan bangsa. Harumkan dan dokonglah Islam dgn study yg cemerlang. Semoga pulang ke tanah air sbg wira & Muslim sejati. Doakan kami di Msia. Semoga kita terus support each other walaupun berjauhan. (..Fa waththiqillahumma rabithotaha..)

Saya mengaku lain sungguh rasanya di kmb tanpa antum (sigh).. Allahumma yassir
Next summer, we’ll bring this band back together! InsyaAllah.. Read more »

My Kad Raya

eid1

Allahuakbar x3 wa lillahilhamdu..

Tahniah kepada semua yg berjaya melalui Ramadhan 1430 dalam penuh ketaatan & ibadah. Semoga takbir kita pd Eidul Fitr 1430 merupakan takbir kemenangan & kemerdekaan jiwa dari runtunan nafsu. Saya berharap paling kurang ada penambahbaikan diri kita dari tahun-tahun sudah. Jangan jadikan puasa kita sekadar pusingan tahunan menahan lapar & dahaga. Semoga 10 malam terakhir Ramadhan berjaya kita manfaatkan & semoga kita berjaya ketemu Lailatulqadr. Read more »