5th Anniversary Abu & Ummu Khaulah

Assalamualaikum. Hari ini genap 5 tahun saya & Ummu Khaulah mendirikan rumah tangga. Saya bernikah pada 2/12/2005 (30 Syawal) dan walimah pertama pada 3/12/2005. Saya berkahwin pada umur 21, mmg dah lama target nak kahwin awal/muda. Alhamdulillah dipermudahkan.. siap langkah bendul lagi.. Majlis walimah juga grand. Alhamdulillah.. Btw, saya pasangan pertama Ikhwah-Akhawat Australia yang berkahwin dari batch saya.

 

Pamphlet KERIS 2005

Terasa begitu pantas masa berlalu. Saya masih teringat, selepas 4 hari mula tinggal sebumbung dengan isteri, Ikhwah minta saya berseorangan ke Ulu Yam untuk mewakili Ikhwah Australia untuk menjadi Fasilitator dalam Kem Remaja ISMA (KERIS 2005) yang berlangsung juga selama 4 hari. Seperti 8 hari pertama saya ketika itu di-split 50-50. Anyway, pada KERIS itulah kali pertama saya berjumpa ramai Ikhwah Malaysia.. antaranya Suhaib & Salman, kini kepimpinan ISMA Mesir, masa tu baru habis STAM kot.. Selain itu, first time jumpa Kamarul, Fairul, Azib, Majid, dsb.

 

KLS1: Usai KERIS, saya & zaujah memulakan kempen menarik penyertaan ke Kem Lepasan SPM yang sulung yang dipimpin saudara Zafry. Berhari-hari, sepanjang siang kami duduk di Pejabat ISMA Bangi, menelefon, mem-fax, ber-email, print & post surat untuk mencari penyertaan. Alhamdulillah ramai yg hadir. Dan ketika KLS, kami menjadi the only “couple” untuk koordinasi aktiviti dan pergerakan peserta lelaki dan perempuan, selain tugasan sebagai AJK.

Sebelum KLS pula, kami yang merupakan scholars sebuah syarikat dikehendaki menghadiri kursus reorientation yang berlangsung lebih seminggu. Saya dan zaujah dipisahkan lagi..

Begitulah bulan-bulan pertama saya berkahwin..

Di Australia, pada tahun pertama perkahwinan, kami tinggal hampir 3000km berasingan sebab isteri saya tinggal di Perth dan saya tinggal di Adelaide. Kalau nak memandu, akan ambil masa 3 hari untuk sampai, begitu juga kalau naik keretapi. Kalau naik kapal terbang, beratus-ratus dollar akan melayang bersama penerbangan itu. Jadi, kami hanya bertemu 3 kali selama beberapa hari sepanjang tahun akademik 2006. Saya pula pulang ke Malaysia lewat hujung tahun sebab nak amik degree and CO2CRC award.

Jadi episode kami benar-benar tinggal bersama boleh dikatakan bermula setahun selepas kahwin, iaitu pada 2007. Dan pada tahun itu, kami dikurniakan cahaya mata pertama: Azimah Khaulah.

My Kids

Kini, selepas 5 tahun berkahwin, kasut hantaran pun dah koyak, pinggan hadiah Raja Perlis pun ada yg dah pecah, hadiah oven pun dah x pakai,… Tp Alhamdulillah, banyak perkembangan baik berlaku.. Rezeki kami berganda dari masa mula bekerja, anak skrg sudah 2 (+ Atiq Assiddiq), dan kini Ummu Khaulah diamanahkan sebagai Ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Saya? Hopefully makin baik..

Anyway, pada 5th anniversary kali ini, spt biasa, xde apa sgt yg kami lakukan.. sbb mlm tadi saya ke MMU untuk menghadiri taklim PEMBINA MMU dan malam ini saya ke N9 untuk satu program peringkat nasional sepanjang hujung minggu.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada family saya, ikhwah, akhawat, dan semua yg telah support rumahtangga saya selama ini. Saya menasihati diri saya & pasangan suami isteri semua agar meletakkan matlamat yg tinggi utk family. Usahakanlah untuk jadikan family anda satu aset berharga buat ummat Islam. Jadikan family anda qudwah yang mengesani sesiapa sahaja yang mengenali anda. Buat yg belum berkahwin, letakkan idealisme yg tinggi dalam kehidupan anda sbb anda tentu akan pilih pasangan dari org yg sama idealisme dgn anda.. Maka letakkanlah idealisme yang tinggi, dan anda berusaha memenuhinya, supaya anda mendapat zauj/zaujah yg sama tinggi matlamat & sasaran hidupnya.

Jadi untuk hadiah anniversary saya tahun ini, saya typically seperti org lain ingin menujukan sebuah lagu untuk isteri saya.. Cuma, saya ingin memilih sebuah lagu yg x popular, ramai biasa abaikan, ia x sepopular lagu2 Maher Zain.. Tp pd saya amat unik, dan saya amat suka akan liriknya dan dan susunan muziknya.. bahkan kalau baca lirik pun dah boleh tertarik.. Anyway..

Happy 5th Anniversary Abu & Ummu Khaulah


Song: Without YouBy: Sami Yusuf

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You

 

 


Ni beberapa gambar nostalgia 5 tahun lalu.. Love to share, it makes me cherish my Baitul Muslim even more..

Advertisement

5 Responses

  1. Sangat Manis!

    Romantik. Nak kena tuntut ilmu dari enta ni. ;)

    Bisa kita lunch bersama? bila-bila?

    anyway, BarakAllahulakuma wabaraka’alaikuma wajama’abainakuma fi khair

  2. Hehe.. Balik msia dulu, bro..

  3. semoga terus diberkati dan dirahmati! amin.. (^_^)

  4. Bila la….hmm..hhehe

  5. tak tahu pula sampai masuk magazine & newspaper.. memang habis grand dah ni .. semoga bercinta sampai syurga :) .. ( shaiful punya kes dah selesai?..kesian tengok dia..hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.